top of page

Bidang fotografi & persepsi masyarakat 

Oleh Amir Afando

Kini Malaysia telah menjadi semakin maju dalam peradabannya dan rakyat Malaysia kini semakin terdedah kepada pelbagai bentuk informasi yang dapat diakses dengan mudah. Era globalisasi sememangnya memberi banyak impak positif kepada pembangungan masyarakat dan bidang pekerjaan yang ada di Malaysia. Dalam perkara ini, bercakap tentang fotografi, perbezaan pendapat mengenai kerjaya sebagai seorang jurugambar kini semakin tidak dapat dielakkan. Ini mungkin kerana dalam era moden kini  ̶  kesan daripada strategi pengiklanan dan penjenamaan yang agresif dan informasi yang mudah diakses  ̶  kebanyakan daripada kita ingin menjadi sebahagian daripada teknologi yang wujud di pasaran kini dan ingin menjadi ‘jurucakap’ kepada produk-produk teknologi tersebut (Moriarty, Mitchell, Wells, 2013).

Sehubungan dengan itu, bagaimanakah perspektif masyarakat kita pada masa kini apabila bercakap tentang bidang fotografi? Suatu perkara mudah dan ringkas? Kerja yang semua orang dapat lakukan tanpa perlu belajar? Atau mungkin persepsi mereka mengatakan fotografi ini merupakan suatu bidang yang boleh dipelajari sesiapa sahaja tanpa perlu ke universiti untuk mendalaminya. Mempelajarinya di institusi pengajian tinggi merupakan suatu pembaziran dan tidak relevan pada masa kini. Persoalannya, adakah stigma ini benar atau sekadar buah fikiran yang tidak mempunyai asas yang kukuh serta tidak reliable.

Atas dasar menghormati pendapat dan persepsi manusia yang semula jadinya pelbagai, saya mendengar dan cuba untuk tidak berbalah dalam hal ini. Namun realiti ini tetap perlu diubah, persepsi masyarakat perlu terbuka dan terdidik tentang bidang fotografi dan juga lebih-lebih lagi mengenai pendidikan seni visual.

Untuk menjawab persoalan-persoalan dan pandangan yang tidak relevan, saya ingin membawa pembaca untuk mengubah pemikiran bahawa untuk mendalami ilmu fotografi ianya bukanlah sesuatu perkara yang sangat mudah untuk dipelajari dan tidak pula sesuatu perkara yang terlalu sukar untuk difahami. Tambahan, kerjaya dalam bidang fotografi juga bukanlah semata-mata mengambil gambar perkahwinan sahaja. Perkara inilah yang perlu diketahui masyarakat agar kerjaya sebagai seorang jurugambar ini bukanlah suatu kerjaya dipandang remeh dan bukanlah sebagai sebuah trend semasa semata-mata.

Dalam membahaskan isu ini, saya terdorong untuk memaparkan pernyataan daripada buku The Advertising Answerbook: A Guide for Business and Professional People, karya Hal Betancourt, yang membincangkan perihal jurugambar profesional dalam industri fotografi ini. Dalam bukunya, beliau secara sinis menerangkan:

“Anyone can take professional photograph in 60 seconds with film injected Super Duper Instant Camera, right? Wrong! Professional quality photographs are produced by professional photographers using expensive professional equipment” (Betancourt, 1982).

Signifikasinya, apa yang membezakan seorang jurugambar profesional dan hobbyist dalam hal ini?

“A professional photographer is expected to be technically proficient in lighting subject, using proper film, focusing camera, and making proper exposure in order to produce faithful reproduction of the subject… But that is not enough. A real pro also must have the creative talent and know-how to compose a scene that has eye appeal, drama, and visual impact” (Betancourt, 1982).

 

Bercakap tentang bidang kerjaya seorang jurugambar pula, Hal Betancourt menyatakan bahawa,

“Photographer, like other artist, specialize in one or more areas. Their specialties may cover advertising, editorial, magazine, audio-visual, product, or fashion photography. You may find others who limit themselves to architectural, aerial, or underwater photography as well as to formal portraiture and industrial photojournalism” (Betancourt, pg. 61 - 71, 1982). 

Justeru, berdasarkan kata-kata beliau dapatlah kita simpulkan bahawa terdapat 2 jenis corak kerjaya sebagai jurugambar, pertamanya ialah Professional Photographer yang berkerja dibawah sesebuah syarikat atau agensi, dan keduanya pula ialah Freelance Professional Photographer, yang berkerja tanpa terikat dengan mana-mana syarikat atau agensi secara mutlak. Terdapat pelbagai cabang dalam kerjaya sebagai seorang jurugambar dan semestinya seseorang itu perlu mengetahui di mana kecenderungannya dalam memilih kerjaya sebagai seorang jurugambar; sama ada dalam bidang kewartawanan, pengiklanan, dan lain-lain.

Konklusinya,  pemikiran masyarakat malaysia kini perlu diubah dengan lebih memahami erti sebenar menjadi seorang jurugambar dan tidak terikat dengan pemikiran ortodoks dimana apabila berkata tentang profession sebagai seorang jurugambar, yang terlintas di fikiran mereka hanyalah wedding photographer dan membuka ‘kedai cuci gambar’.

Professional photographer mendalami ilmu fotografi bukan sekadar  mendalami mengenai aspek teknikal sahaja, bahkan mereka turut mendalami aspek seni, falsafah dan mesej mengenai sesebuah gambar yang dihasilkan, perkara-perkara inilah yang anda akan belajar jika mendalami ilmu fotografi di universiti. Seperti mana yang dikatakan oleh Dr.Mustaffa Halibi Azahari, dekan Fakulti Seni Lukis& Seni Reka, dalam bukunya yang bertajuk Photography: Its Significance Strands and Values in Education, beliau menegaskan bahawa:

“Photographic education should not be confined to teaching photography as a technical tool and mechanical device; but also it must be seen as a platform to produce manpower who are visually literate and possess knowledge, skills and understanding to interpret meanings intelligently” (Azahari, 2011).

Rujukan

Azahari, M. H. (2011). PHOTOGRAPHY: Its Significance Strands and Values in Education. Shah Alam, Selangor: UiTM Press.

Betancourt, H. (1982). CHAPTER 5: PHOTOGRAPHY. In THE ADVERTISING ANSWERBOOK: A GUIDE FOR BUSINESS AND PROFESSIONAL PEOPLE. A Spectrum Book.

Moriarty, Sandra. Mitchell, Nancy. Wells, William. (2013).  Advertising Principles & Practices: Global Edition.

bottom of page